BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 31 Mei 2011

AKU RINDU PADA TEACHER......

Senyuman yg selalu membuatkan aku bahagia


Aku sangat rindu pada seorang insan bergelar teacher kerana cuti kali ini lama lebih kurang dua minggu.Selama cuti persekolahan kali ini hanya sekali sahaja aku dapat berjumpa dengan teacher.Aku tidak mahu menganggu teacher dengan menghantar mesej padanya untuk bertanyakan khabar dan sebagainya kerana aku tidak mahu sejarah lama berulang kembali.Aku takut untuk kehilangan senyuman teacher buat kali yang kedua.Aku amat gembira apabila teacher mengajarku dan aku mahu teacher terus kekal mengajar aku sehinnga aku tamat persekolahan.Tahun ini adalah tahun pertama teacher mengajar aku dan cita-citaku untuk belajar bersama-sama dengannya sudah tercapai.Tapi,adakah teacher akan kekal mengajar aku sehingga ke tingkatan 5 nanti?Inilah persoalan yang selalu bermain-main difikiranku.Mengapakah aku sering bertanyakan sedemikian sedangkan teacher masih lagi mengajar aku?Hal ini kerana aku diberitahu oleh teacher sendiri bahawa beliau perlu melepaskan salah satu daripada kelas yang beliau mengajar kepada guru lain.Aku takut teacher akan melepaskan kelas aku.Aku sanggup melakukan apa sahaja supaya teacher tidak melepaskan kelas aku."Aku mohon padaMu Ya Allah,Kau bukakanlah hati teacher aku itu supaya teacher tidak melepaskan kelas kami".

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA "Genggam Bara Api Sampai Jadi Arang"

RANGKA KARANGAN


Pendahuluan:

  • maksud peribahasa "genggan bara api sampai jadi arang"


Isi-isi penting:

  • Anuar berhenti sekolah kerana kemiskinan hidup yang dialami sejak kematian kedua-dua orang ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya - Anuar berniaga untuk menyara adik-beradiknya
  • Anuar mendirikan rumah tangga dengan gadis kampung bernama Sarah
  • Anuar mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan sentiasa memantau perkembangan pelajaran mereka
  • Anuar mendapat peluang membesarkan perniagaannya dan berpindah ke bandar


Penutup:

  • Anuar menerima anugerah atas kejayaannya mendidik anak-anaknya dan berjaya menjadi seorang usahawan



CONTOH KARANGAN


             Peribahasa "genggam bara api sampai jadi arang" bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.Peribahasa tersebut dapat dikaitkan dengan peristiwa yang dilalui oleh Anuar.Beliau telah dilahirkan di Kampung Parit Keroma Darat dalam Daerah Muar.Semasa usianya 7 tahun,ibu bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Anuar diasuh oleh bapa saudaranya bersama-sama tiga orang adik-beradiknya yang lain.Keadaannya ketika itu sungguh menyedihkan bagai anak ayam kehilangan ibu.

              Sejak tinggal bersama-sama bapa saudaranya yang mempunyai enam orang anak dan bekerja mengait buah kelapa,Anuar mula berasa akan keperitan hidup.Kehidupannya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Anuar sering kali tidak hadir ke sekolah kerana menolong bapa saudaranya mengambil upah mengait kelapa dan megerjakan kebun peninggalan kedua-dua orang tuanya yang luasnya sekangkang kera.Kadangkala Anuar menjalankan aktiviti menjual kuih-muih dikeliling kampung bagi menambah pendapatan bapa saudaranya.Akhirnya,Anuar menempuhi jalan buntu dan mengambil keputusan berhenti sekolah dan menumpukan perhatian berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual kuih-muih,pisang goreng dan air batu campur di sebuah warung yang didirikan oleh bapa saudaranya ditepi jalan berhampiran rumah mereka.Bagi Anuar,dia tidak mampu mengejar cita-citanya yang masih belum pasti.Anuar bimbang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.Anuar berazam mengumpul wang sebanyak RM50 sebulan hasil daripada perniagaannya.Dia bercita-cita untuk menyimpan wang bagi membiayai persekolahan adik-beradiknya pada masa depan.Dia amat bersimpati dengan kesusahan dan keperitan yang ditanggung oleh bapa saudaranya menyara keluarga dan turut membesarkan adik-adiknya.


                Apabila mengenangkan nasib dirinya yang tidak dapat melanjutkan pelajaran,dia sentiasa memastikan adik-adiknya sentiasa berjaya dalam pelajaran supaya menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti.Anuar sangat prihatin dan sangat mengambil berat tentang keperluan adik-beradiknya.Anuar sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagian mereka.Anuar menjaga adik-adiknya bagai menatang minyak yang penuh.Akhirnya,berkat kegigihannya,ketiga-tiga orang adiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.


               Setelah ketiga-tiga adiknya berjaya menamatkan pengajian di menara gading dan mendapat pekerjaan yang baik,Anuar mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis di kampungnya bernama Sarah.Hasil perkongsian hidupnya,Anuar dikurniakan tiga orang cahaya mata.Tanggungjawab Anuar sebagai ketua keluarga semakin bertambah.Wang simpanan hasil perniagaannya selama ini digunakan untuk mengembangkan perniagaannya lagi.Kesusahan hidupnya sekian lama mengajar Anuar erti pengorbanan dalam hidup.Dia juga mengamalkan budaya berjimat cermat dalam kehidupan sehariannya.Anuar telah mengambil keputusan untuk membeli sebuah lori kecil.Dia ingin menjadi seorang peraih buah-buahan,sayur-sayuran dan mengedarkan produk keluaran penduduk kampungnya ke bandar.Dia mengambil langkah berani tanpa memikirkan risiko yang perlu ditanggung sebagai seorang usahawan.Isterinya,Sarah tetap meneruskan perniagaan dengan mengambil alih tugas diwarung yang diamanahkan oleh Anuar dengan dibantu oleh anak-anaknya.


               Kehidupannya yang susah suatu ketika dahulu menyebabkan Anuar berazam untuk mengubah nasib anak-anaknya dengan memberikan pendidikan yang sempurna.Baginya,anak-anak ialah amanah Allah.Tanngungjawab ibu bapa adalah untk menyempurnakan keperluan anak-anak.Sungguhpun terikat dengan waktu dan mulai sibuk dengan tugas hariannya,Anuar mendidik anak-anaknya dengan lembut tetapi tegas dengan curahan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.Anuar sentiasa prihatin dan memantau pelajaran anak-anaknya pada setiap hari.Anuar menyediakan jadual waktu belajar untuk setiap anak-anaknya.Anak-anaknya dididik supaya berdisiplin,menghormati ibu bapa dan guru-guru mereka.Kini,seorang demi seorang anak-anak Anuar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading mengikut jejak bapa saudara mereka.Cabaran yang paling besar dihadapi oleh Anuar adalah untuk menyediakan wang untuk perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.Pengalaman yang ditempuhi ketika usia muda mendidik adik-adiknya sehingga ke menara gading mnejadi pedoman ynag sangat berguna kepada Anuar.Anak-anak Anuar kini mendapat sokongan dan dorongan yang kuat daripada bapa saudara mereka yang telah berjaya.


             Setelah mengharungi cabaran getir dalam kehidupan,Anuar begitu bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang.Kejayaan anak-anaknya merupakan hadiah yang amat bernilai  atas pengorbanan,kerajinan,kesabaran dan ketabahannya selama ini.Anak Anuar yang sulung telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kedoktoran,anak keduanya sedang menuntut dalam bidang Kejuruteraan Petroleum di Universiti Teknologi Malaysia,manakala anak bongsunya sedang menuntut dalam bidang perniagaan di England.Anuar meneruskan kehidupannya sebagai seorang peniaga.Memandangkan perniagaan Anuar semakin berkembang,Persatuan Peniaga Daerah Muar telah mendapatkan sebuah lot ruang niaga untuk Anuar membesarkan operasi perniagaannya lagi.Tawaran itu diterima oleh Anuar seperti kata peribahasa orang mengantuk disorongkan bantal.Kini,Anuar dan isterinya telah berpindah ke bandar dan membuka sebuah kedai yang menjadi pusat pengumpulan buah-buahan,sayur-sayuran dan produk industri kecil dan sederhana keluaran pengusaha di kampungnya dan kampung-kampung berhampiran.Anuar telah berjaya menonjolkan dirinya sebagai seorang usahawan yang berjaya.Masyarakat tempatan yang mengetahui sejarah kehidupan Anuar sejak kecil mengagumi kesungguhan dan kegigihan Anuar.Kejayaan keluarga Anuar telah menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.


               Kemuncak kepada kejayaan Anuar ialah apabila beliau dipilih untuk menerima anugerah "Usahawan Cemerlang" anjuran Persatuan Peniaga Daerah Muar.Anuar juga telah dicalonkan unuk menerima "Anugerah Keluarga Cemerlang" anjuran Majlis Perbandaran Muar.Sesungguhnya kejayaan yang diraih oleh Anuar membuktikan bahawa azam yang kuat,ketekunan dan ketabahan merupakan paksi kejayaan,bersesuaian dengan peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang.

Isnin, 30 Mei 2011

TEKNIK MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN

Sabtu, 28 Mei 2011

KERETA SOLAR

Kereta solar yg direka oleh aku,rakan-rakan(Nurfazira Hanim Bt Abu Hassan,Muhd Afifuddin B Zabidi dan Mohd Najmi Ajwad Bt Rosle)bersama-sama dengan guru Fizik kami iaitu Encik Rodzil B Mat.

Walaupun kelihatan ringkas dan mudah tetapi sebenarnya amat rumit untuk memasang segala komponen di dalamnya.Ianya memerlukan ketelitian yg sangat tinggi kerana jika komponen tersebut tersalah pasang,maka kereta tersebut tidak akan berjalan.Bahan-bahan yg digunakan juga memainkan peranan yg sangat penting.Sekiranya bahan-bahan yg digunakan sangat berat,maka kereta yg dibuat tidak akan laju.Pemilihan reka bentuknya juga penting.Hal ini kerana,kereta yg mempunyai pusat graviti yg rendah akan bergerak lebih laju berbanding dengan kereta yg mempunyai pusat graviti yg tinggi.Salah satu reka bentuk yg mudah untuk dibentuk ialah bentuk "aerodinamik".Bukan sekadar mudah,malah boleh mengakibatkan kereta tersebut meluncur laju.Bilangan solar panel juga perlulah cukup dan tidak terlalu banyak kerana akan menyebabkan implikasi kepada kereta tersebut.Bagi membina sesebuah kereta solar ini,kita memerlukan masa,tenaga dan bajet yg cukup untuk menyiapkan sesebuah kereta solar tersebut.Kemahiran yg ada perlulah dipraktikkan selalu supaya kereta yg hendak dihasilkan agak lebih baik.Kita perlulah mempelajari cara-cara membina sesebuah kereta solar tersebut daripada seorang guru yg sudah mempunyai kemahiran yg tinggi dan tahu cara-cara menangani sesuatu masalah pada kereta tersebut.Usaha yg gigih akan melahirkan sebuah kereta yg bagus dan menarik."USAHA TANGGA KEJAYAAN".Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya dan guru Fizik saya kerana telah bertungkus lumus membuat kereta solar ini sempena menyambut kedatangan Raja Muda Perlis bersama-sama dengan isteri baginda Raja Puan Muda Perlis pada 19 APRIL 2011 yg lalu.


Selasa, 24 Mei 2011

ADUHAI....PERIKSA OH PERIKSA...

Sudah hampir dua minngu lebih aku terpaksa menghadap kertas-kertas periksa yg amat menyakitkan kepalaku ini.Rasa takut dan gementar sentiasa ada dalam diri aku.Aku takut bila aku tidak dapat menjawab soalan-soalan yg ditanya,aku akan gagal dalam matapelajaran tersebut.Aku amat malu sekiranya aku gagal dalam mana-mana matapelajaran samada teras mahupun elektif.Kadang-kadang aku merasakan diriku ini tidak layak untuk berada di kelas ST.Aku juga merasakan bahawa aku sudah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yg amat berat ini.Tetapi aku sudah berjanji pada diriku sendiri bahawa aku mahu mencapai salah satu daripada cita-citaku kerana aku mahu menjaga dan membalas jasa dan pengorbanan mama dan abah aku selama ini.Aku tidak mau mengecewakan mereka.Walaupun aku tahu bahawa aku tidak akan mampu membalas semua pengorbanan mereka,tapi aku tetap akan membalasnya dengan cara mengembirakan hati mereka.Hanya ALLAH S.W.T sahaja yg mampu membalas jasa dan pengorbanan yg telah mereka lakukan.Mama,abah,sekiranya diri ini telah banyak melukai hati mama dan abah,diri ini mohon maaf beribu-ribu ampun.Diri ini amat menyayangi kamu berdua kerana kamu berdua adalah insan yg paling menyayangi diriku.Love you mum.Love you dad.

Sabtu, 14 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU,CIKGU!!!

Pada 16 Mei 2011 iaitu esok,semua guru-guru akan menyanbut hari yg bermakna ini.Sempena hari yg bahagia ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di dunia ini terutama guru-guru yg pernah mengajar saya ataupun tidak di SK TAMAN MELAWATI,SK WIRA JAYA,SMK GUNUNG RAPAT dan SMK DATO' ALI AHMAD.Sebagai seorang pelajar,saya akan sentiasa mengingati jasa guru-guru saya kerana tanpa ilmu yg mereka curahkan kepada saya,tidak mungkin saya akan berada di mana saya berada sekarang ini dan tidak mungkin juga saya akan mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan.Teguran dan nasihat yg diberikan akan saya ambil sebagai satu benda yg positif bagi mengubah diri saya ke arah yg lebih baik.Guru,terima kasih kerana telah mendidikku untuk menjadi seorang yg berguna.Jasa,tenaga dan masa yg telah cikgu korbankan untuk mendidik saya,tidak akan pernah saya lupakan sehingga ke hembusan nafas saya yg terakhir.Hanya ALLAH S.W.T yg mampu membalas jasamu,guruku.Maafkan ku kerana telah banyak menyakitkan hatimu guruku.

Rabu, 11 Mei 2011

HARI PERTAMA PEPERIKSAAN (P.P.T)

Seperti hari-hari lain,aku melangkah kaki ke sekolah yg aku sayang.Aku berasa agak gementar kerana sudah maklum bahawa peperiksaan kali ini adalah lebih susah daripada peperiksaan sebelum ini.Walau apapun yg akan terjadi nanti,aku hanya mampu bertawakal kepada ALLAH S.W.T.Hanya Dia saja yg tahu isi hatiku.Apabila aku telah berhadapan dengan soalan yg bermain-main di mindaku tadi,maka aku telah membuat satu kesimpulan bahawa soalan itu agak susah.Tetapi aku tetap berusaha memerah otakku ini untuk menjawab soalan-soalan tersebut.Peperiksaan hari ini tamat pada jam 2.30ptg.Selepas itu,aku bersama-sama sahabatku,Ira telah menghadiri kelas tambahan English yg diadakan oleh Miss Fazita di bilik tayangan bersama-sama dengan pelajar 4MTM.Walaupun penat,aku tetap mahu menghadiri kelas tersebut kerana aku tahu bahawa setiap kejayaan yg ingin kita capai pasti dimulakan dengan kepayahan dan pengorbanan.Aku mahu berjaya dalam hidup dan aku mahu mengubah nasib keluargaku.Aku akan lakukan apa saja demi mencapai cita-citaku yg telah lama berkubu dihatiku ini.

Selasa, 10 Mei 2011

PEPERIKSAAN TELAH BERMULA

Esok bermulalah satu lagi pertempuran yg perlu aku hadapi iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.Aku rasa sungguh gementar kerana peperiksaan kali ini agak sukar kalau nak dibandingkan dengan peperiksaan Awal Tahun dahulu.Jika keputusan peperiksaan kali ini merosot,aku pasti akan dimarahi oleh ibu bapa dan guru-guruku..Soalan-soalannya juga lebih mencabar dan semestinya akan menambahkan kekusutan kepalaku ini.Apa yg perlu aku lakukan sekarang ialah buat ulangkaji.Walaupun letih dan mengantuk,aku perlu juga mengulangkaji.Kata guru Biologi aku tadi,"sebagai seorang pelajar kelas Sains Tulen,kami hendaklah berkorban masa,wang dan tenaga untuk mencapai kejayaan".Guru BM ku memberitahu,"kita hanya akan susah sekejap untuk memperoleh kerja yg besar,gaji yg lumayan dan kehidupan yg baik".Mulai sekarang,aku akan cuba untuk berubah untuk menjadi seorang pelajar yg lebih rajin untuk mengulangkaji pelajaran.Aku berharap agar aku dapat memperoleh keputusan yg lebih baik daripada keputusan peperiksaan aku yg lalu.Aku hanya mendapat 2A+ 1A 2A- 1B 2C 1E.Bagiku,keputusan ini amatlah teruk.Hanya aku yg mampu mengubahnya supaya menjadi lebih baik.

Inilah jadual peperiksaan aku bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Hari /tarikh subjek masa
rabu (11 mei)  bm 1,bm 2,pjk  8-10.15,10.45-1.15,1.30-2.30
Kha (12 mei) bi 1.bi 2,svik 8-9.45,10.15-12.30,12.45-1.45
jum (13 mei) mat 1,mat 2 7.50-9.05,9.20-11.50
Kha (19 mei) pi 1,pi 2,mt 1 7.50-9.30,10-12,12.15-2.15
isnin (23 mei) sej 2,sej 1,mt 2 7.50-10.20,10.50-11.50,12.05-2.35
sel (24 mei) bio 1,bio 2,bio 3 8-9.15,9.45-12.15,12.30-2
rabu (25 mei) fiz 1,fiz 2,fiz 3 8-9.15,9.45-12.15,12.30-2
kha (26 mei) kim 1,kim 2,kim 3 8-9.15,9.45-12.15,12.30-2

Isnin, 9 Mei 2011

TERIMA KASIH GURUKU

Pada 1.20ptg aku telah berjaya mencipta blog aku sendiri.Ini juga berkat tunjuk ajar daripada guru BM ku iaitu Encik Mahamad Nasir Bin Nayan.